Want your
own Fotopage?








 
mando's FotoPage

By: mando da huero

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Aug-2010 08:33 Email | Share | | Bookmark
Lama weyh tak update T_T



ni aku cuba tiru bakrihafizhisham nye kerja.. tp comot lah.. maksudnya kena spend lebih masa nak amek gambar tuh.

P.S: selamat berpuasa!

Add comment


Tuesday, 16-Mar-2010 16:45 Email | Share | | Bookmark
daud bukit



i got how to smooth the skin while maintaining the texture..but still don't get the whole dave hill look yet.

cara terbaru menangkap gambar ntok mengelakkan ketembaman dikesan. Wed 17-Mar-2010 19:14
Posted by:pixie
ko semakin menjadi syahrinaziz man..haha..tahniah beb Thu 18-Mar-2010 07:32
Posted by:ejad
hahaha jauh lg nak kejar syahrin aziz..nak masuk kelas dia da 1500 harga..haih.. Thu 18-Mar-2010 11:30
Posted by:unnamed
Add comment


Friday, 19-Feb-2010 20:15 Email | Share | | Bookmark
.page one.


err takyah suruh pun memang sentiasa naek kot ? (laen la kalau jumpa krim hahaha) Sat 20-Feb-2010 05:34
Posted by:pixie
mane page two ? Wed 24-Feb-2010 22:04
Posted by:ejad
Add comment


Monday, 26-Oct-2009 18:52 Email | Share | | Bookmark
PSL


Canon 400d, Sigma 24-70mm f 2.8 and Canon 430EX II.

Allah itu lebih kasih terhadap muslim yang kuat, berbanding muslim yang lemah!

ur 2 cents is much appreciated, thank u Tue 27-Oct-2009 06:13
Posted by:mando
asl acap lak captain??? dia ade turun maen ke? hahahahaha... Tue 27-Oct-2009 08:18
Posted by:stroberi
haha afiq. acap dia ada visi yg bagus.. dia mampu menjadikan pemain x power kpada power.. mcm wenger.. Tue 27-Oct-2009 12:37
Posted by:mando
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 13-Oct-2009 18:16 Email | Share | | Bookmark
pendidik


-gambar pelajar akhir pergigian (kecuali saya), 2009.

ayah dilaherkan dalam keluarga yang ramai. ada 9 orang kesemua adek beradeknya. dia anak kedua, anak lelaki sulung. tanya ayah, hidop dulu susah ke? dia kata, sepanjang hidop kau, kau takkan pernah rasa susah macam hidop zaman dulu.

ayah tolong pak yaie noreh getah. ayah kata ladang getah milik cina tu jauh. dia gerak pukul 7 lebih kurang, lepas tolong mak nyai siapkan sarapan. pak yaie, kabarnya, pukul 5 pagi dah gerak. tapi ayah tolong ujung-ujung minggu je. pak yaie kabarnye, setiap hari, berjalan hampir 20km untuk ke ladang getah cina tu. ayah kata, bila ujung minggu, dia dengan man ali kena tolak tong getah naek buket. tanya dia, berat ke tong getah? dia kata, dia menolak smpai menggigil kaki, tapi kadang-kadang tak bergerak pon tong tu. tapi diusahakan jugak.. agar sampai ke destinasi.

masa sekolah menengah, ayah kayuh basikal ke sekolah. kalau naek kereta zaman sekarang, dalam setengah jam jugak lah. macam dari shah alam ke klang. dan ayah kayuh tiap-tiap hari. pak yaie pentingkan pendidikan. dan ayah, bila habis MCE, terus ke KL untuk kerja. umor baru 17.. bukan taknak sambung.. tapi adek-beradek ramai yg perlukan bantuan duet. mungkin pasal tu ayah selalu marah saya bila malas.. kadang-kadang pedas sangat, smpai menangis saya dalam bilik air.

ayah, masa muda-muda beliau, semasa keciknya saya, mendidik saya dengan keras. tali pinggang tu dah biasa. ayah cerita, pak yaie pernah pukul dia pakai batang ubi, sampai ayah terbuang air besar kat situ jugak, dek kerana kuatnya pukulan tu. pasal apa? pasal tak balik makan tghari. mungkin sebab tu, ayah, semasa mudanya, amat garang.

kisah susah hidop ayah saya, maseh saya pegang smpai sekarang. hidop zaman sekarang, mungkin tidak lagi susah dari cabaran fizikalnye, namun, cabaran dalaman tu sangat mencabar. senario orang-orang muda masa kini , hanya menambah kukuh lagi kepada fakta bahawanya hidup pada masa kini, adalah sangat sulit sekali. ayah, adalah di antara ramai-ramai ayah di malaysia, yang telah lalui macam-macam, dan masih berdiri lagi, hari ini, dan masih menyumbang segala yang ada, kepada segala yg memerlukan. itu, kita sebagai pemuda, perlu paham, dan pegang!

ayah sekarang umor pon dah lanjut. saya pon dah 21 tahun. di sebalik ayah saya yang garang dan bermulut pedas, yang peliknya, dalam memori saya, saya hanya igt ayah saya yg salu bergurau senda tak kira masa, dan sentiasa berikan semangat, bila saya rasa satu-satu keadaan itu sangat sulit. sungguh, saya harap saya mampu balas semuanya. tapi, saya bukannya cukup kaya untuk balas semuanya. moga tuhan berikan yang terbaik, hanya yang terbaik, untuk ayah saya.

selamat hari lahir ayah.

P.S : gambar dalam fotopages ni memang biasanye tade kaitan dgn post. kes kes kes.

sedeh teringatkan ayah~~smg umurnya diberkati..adik2 kte skrg mmg xrase penangan2 ayah,maklumla ayah dh berumur,x larat..miss u ayah.. Tue 13-Oct-2009 18:51
Posted by:sabya
berapa ramai ada ayah..tapi tak ambil tau pasal ayah
alasan dia..ayah mmg garang gila bangkong
tony jaa pun cuak dgn ayah gua


apapun, kena ingat
setiap hari dia ingatkan kita
kalau tak, takyah lah dia susah payah dia bekerja sejak pagi lagi
untuk menyara keluarga kita


gua salute sama ayah gua
Tue 13-Oct-2009 19:03
Posted by:deqmoon
en sanusi dan en ismail dah tentu2 seronok ada anak2 mcm korang Tue 13-Oct-2009 20:34
Posted by:mando
Add comment


Saturday, 10-Oct-2009 17:58 Email | Share | | Bookmark
metroseksual



















intro

dulu masa zaman muda-muda, kalau tgk abang-abang yg rambut panjang, hati memang dah syak lain macam. abang-abang nih sume mesti rock kapak, jenis kalo dah abes maen gitar sebelah kubur tu, mesti hentak gitar ke tanah, sambil mengangguk-ngangguk, macam org kena sampuk. lagi-lagi, kalau kat tgn ada pkai gelang besi, dan baju lambang tengkorak dan kepak-kepak. pergh.. rasa macam metal habis dah.

teringat pulak, pernah terbaca dalam satu buku, bila mana nabi nampak seorang lelaki masuk ke masjid, dan laki tu ada simpan rambut yg panjang, tapi x dijaga dan disisir rapi, nabi menyatakan bahawa rupa syaitan adalah seperti itu. kadang-kadang hidup dalam masyarakat irbid yg permai nih, memang akan jumpa kawan-kawan atau adik-adik yg bela rambut pjg, tapi pada masa yg sama, mnyakitkan mata yg memandang. macam mana agak-agak tu?

and terigt jugak satu malam tu, hazim ada menunjuk gambar yg ada tunjuk lelaki jepun dari dua era. era dulu-dulu, masa zaman laki dia rambut pjg, dan macho.. samurai lah katakan.. tgk muka diorg pon kita dah ada tendency utk duduk sopan-sopan.. takot maa. sebelah dia, ada gambar laki jepun skarang, rambut pjg gak.. tapi.. errrr.. da macam perempuan dah aku tengok. dan rupa2nye ini adalah trend masa kini. apakah??

tadi pulak, masa berjalan ke majlis eid, pak guard tu panggil aku dgn ejad. aku syak dia nak pinjam baju melayu, nak masuk raya sama, tapi tiba-tiba dia tanya, "apahal ada mamat malaysia rambut pjg dan lurus, mcm perempuan? " aku pandang kat mamat yg dia tunjuk, pastu aku pandang ejad.. masing-masing sepakat kata, "aku tak kenal sape tu." and pak guard tu sambung pulak, "ni satu benda yg ajaib (abnormal)," leh bayang perasaan aku macam mana?

metroseksual

ramai menggunakan istilah ini. pada aku, tak salah untuk bergaya. hakikatnya, nabi suka pada kekemasan, dan tuhan tu suka pada kecantikan. sahabat-sahabat nabi habiskan beribu-ribu dirham untuk beli pakaian-pakaian yg cantik dan kemas. dan saidina umar pernah kata, menghabiskan satu pertiga dari harta kamu untuk wangi-wangian, adalah tidak keterlaluan. ini nak kata, berapa tinggi nilai kekemasan dan metroseksual itu pada islam.

tapi. apakah relevannya bergaya (ni untuk lelaki je)?

pada hemat aku, menjadi org islam adalah menjadi orang yg disukai oleh org ramai. bila orang suka, orang tends to listen to what we're saying. tetapi, kalau awak dah muka macam syaitan, atau pon macam perempuan, dan kemudian mengundang fitnah ke atas diri sendiri, aku rasa, it defeats the main purpose. sebabnya? sebab org meluat.

jadi, perlu ditekan kan disini, untuk sahabat-sahabat yg selekeh, jenis yg bercukur sekali sebulan ke, anda perlu lah kemas. pilih lah baju-baju yg elok dan cantik-cantik.. itu adalah sunnah, dan kesukaan kepada Allah. dan untuk budak-budak yg dah terlalu keperempuanan, tolong jujur dgn diri sendiri, dan tny diri sendiri, kenapa wat rambut camtu? kalo jawapannya selaen agama, sila lah ubah style rambut.

wallahu a3lam bi99awab.

lg 1 mando,'66' bukanke utk huruf 'to'..'99' utk huruf 'sot'..bi99awab(kalau x silapla) Sun 11-Oct-2009 18:09
Posted by:ruri
haha. aah. silap. 6 tu to. sori. Sun 11-Oct-2009 19:17
Posted by:mando
seems like asiah muka ketakutan dipegang mando...
caption dia patut.. "macam nak terjatuh je abg ni pegang aku... mana mak aku nih?"

heh~
Wed 21-Oct-2009 10:55
Posted by:Dark_AnGel
View all 7 comments Add comment


Monday, 5-Oct-2009 03:41 Email | Share | | Bookmark
Asas


gambar ex-sambest 2004, raya di rumah anas annuar. credits to sharifah hafsah.

masuk form 1 dulu, sebab sekolah agama, kenala amek subjek tafsir/hadith. dan antara hadith mula-mula yg diajar adalah innama a3malu bin niyat. hadith yg cukup famous, sape tak tau memang kodi orang kata. tapi masa zaman tu, aku tak tau pe pentingnya niat. asalkan amal tu baek, perlu kah niat?

tapi bila dah tua-tua ni (uhuk uhuk), niat tu nampak penting. kadang-kadang macam lagi penting dari amal tu pon ada. kat jordan nih, aku dapat tengok ramai yg terkandas belajar. dan dalam yg ramai yg terkandas tu, ramai jugak yg terus jatuh dan taknak bangun. hilang semangat.. katanya. wallahua3lam. allah belom timpakan aku dgn ujian macam tu. tapi pengalaman down, pasal fail exam ke, pernah lah ada. bila-bila masa macam tu sampai, rasa nak tido takmoh bangun-bangun pon ada. tapi, difikir-fikir balek, kat sini pentingnya niat.

niat asal kenapa kita belajar awal-awal dulu..

why we do this in the first place, menyebabkan kita mampu bangun balek, and then, make everything again from the scratch.

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta dan pangkat), nescaya dia tidak dapat mencium bau syurga di hari kiamat kelak." - Hadith 33. (kurang pasti riwayat dan sanad nya)

Jadi, pesanan untuk diri sendiri, dan kawan-kawan, biarlah usaha belajar kita tak sia-sia. Ustad-ustad dah selalu pesan, betulkan niat. Nampak boring, tapi ye, betolkan niat. Hakikatnya, niat tu adalah asas segalanya.

Kalau yg jatuh, dan rasa hilang semangat, igt balek niat asal !


mcm lebih kurang ruang tamu umah ko je man.meja tu pon mcm da nak same Wed 7-Oct-2009 08:57
Posted by:ejad
tp umah anas besar gila weyh.. ni mcm 1/8 je dr ruang bawah.. haha Wed 7-Oct-2009 15:57
Posted by:mando
gmbr2 kat fotopage display boleh nampak pulak.

cantekkk.

that's all i can say.
Fri 9-Oct-2009 12:07
Posted by:Dark_AnGel
View all 7 comments Add comment


Thursday, 24-Sep-2009 16:35 Email | Share | | Bookmark
RAYA



disebabkan masih penat dan malas teramat dan takde mood pasal da nak balek jordan, gua upload peberet shot je.

renungan : adakah tuhan kita di ramadhan berbeza dengan tuhan kita di bulan-bulan laen?

selamat hari raya. mahap zahir batin, terutama yang pernah aku laserkan.


Add comment


Sunday, 13-Sep-2009 03:00 Email | Share | | Bookmark
ayah




Add comment


Friday, 4-Sep-2009 13:27 Email | Share | | Bookmark
mega mendung


Canon 400D, Sigma 24-70mm f2.8

And it is He Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy (rain). Till when they have carried a heavy-laden cloud, We drive it to a land that is dead, then We cause water (rain) to descend thereon. Then We produce every kind of fruit therewith. Similarly, We shall raise up the dead, so that you may remember or take heed. (7:57)

Malaysia is a blessed country indeed

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com