intro
dulu masa zaman muda-muda, kalau tgk abang-abang yg rambut panjang, hati memang dah syak lain macam. abang-abang nih sume mesti rock kapak, jenis kalo dah abes maen gitar sebelah kubur tu, mesti hentak gitar ke tanah, sambil mengangguk-ngangguk, macam org kena sampuk. lagi-lagi, kalau kat tgn ada pkai gelang besi, dan baju lambang tengkorak dan kepak-kepak. pergh.. rasa macam metal habis dah.
teringat pulak, pernah terbaca dalam satu buku, bila mana nabi nampak seorang lelaki masuk ke masjid, dan laki tu ada simpan rambut yg panjang, tapi x dijaga dan disisir rapi, nabi menyatakan bahawa rupa syaitan adalah seperti itu. kadang-kadang hidup dalam masyarakat irbid yg permai nih, memang akan jumpa kawan-kawan atau adik-adik yg bela rambut pjg, tapi pada masa yg sama, mnyakitkan mata yg memandang. macam mana agak-agak tu?
and terigt jugak satu malam tu, hazim ada menunjuk gambar yg ada tunjuk lelaki jepun dari dua era. era dulu-dulu, masa zaman laki dia rambut pjg, dan macho.. samurai lah katakan.. tgk muka diorg pon kita dah ada tendency utk duduk sopan-sopan.. takot maa. sebelah dia, ada gambar laki jepun skarang, rambut pjg gak.. tapi.. errrr.. da macam perempuan dah aku tengok. dan rupa2nye ini adalah trend masa kini. apakah??
tadi pulak, masa berjalan ke majlis eid, pak guard tu panggil aku dgn ejad. aku syak dia nak pinjam baju melayu, nak masuk raya sama, tapi tiba-tiba dia tanya, "apahal ada mamat malaysia rambut pjg dan lurus, mcm perempuan? " aku pandang kat mamat yg dia tunjuk, pastu aku pandang ejad.. masing-masing sepakat kata, "aku tak kenal sape tu." and pak guard tu sambung pulak, "ni satu benda yg ajaib (abnormal)," leh bayang perasaan aku macam mana?
metroseksual
ramai menggunakan istilah ini. pada aku, tak salah untuk bergaya. hakikatnya, nabi suka pada kekemasan, dan tuhan tu suka pada kecantikan. sahabat-sahabat nabi habiskan beribu-ribu dirham untuk beli pakaian-pakaian yg cantik dan kemas. dan saidina umar pernah kata, menghabiskan satu pertiga dari harta kamu untuk wangi-wangian, adalah tidak keterlaluan. ini nak kata, berapa tinggi nilai kekemasan dan metroseksual itu pada islam.
tapi. apakah relevannya bergaya (ni untuk lelaki je)?
pada hemat aku, menjadi org islam adalah menjadi orang yg disukai oleh org ramai. bila orang suka, orang tends to listen to what we're saying. tetapi, kalau awak dah muka macam syaitan, atau pon macam perempuan, dan kemudian mengundang fitnah ke atas diri sendiri, aku rasa, it defeats the main purpose. sebabnya? sebab org meluat.
jadi, perlu ditekan kan disini, untuk sahabat-sahabat yg selekeh, jenis yg bercukur sekali sebulan ke, anda perlu lah kemas. pilih lah baju-baju yg elok dan cantik-cantik.. itu adalah sunnah, dan kesukaan kepada Allah. dan untuk budak-budak yg dah terlalu keperempuanan, tolong jujur dgn diri sendiri, dan tny diri sendiri, kenapa wat rambut camtu? kalo jawapannya selaen agama, sila lah ubah style rambut.
wallahu a3lam bi99awab.
|